Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia dan kekasihnya, pempengaruh media sosial, Ubai Mz berada di sebuah salon untuk menukar gaya rambut.
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, mengaku dia menyukai gaya rambut kekasihnya itu kerana tampak lebih kemas dan matang.
Video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan itu menunjukkan Shila begitu teruja melihat Ubai menjalani proses mengubah suai rambutnya.
“Rambut @Ubai Mz kena hijack dengan Sha. Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam dekat salon,” tulisnya.
@shilaamzahofficial Rambut @Ubai Mz ♬ Miss you – Official Sound Studio
Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen berkenaan, rata-rata peminat memuji tindakan Shila kerana berjaya mengubah gaya dan penampilan Ubai agar tampak lebih matang.
Malah, ramai yang turut mendoakan agar hubungan pasangan ini berpanjangan kerana mereka suka melihat gelagat pempengaruh itu bersama anak tunggal Shila, Seth Uwais.
@shila.aubaifans_ Suka tengok Ubai layan anak Shila 🥰 #fypシ #shilaamzah #ubaimz ♬ bunyi asal – Ila Nor Shatila Zulk
v