Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Elisya Sandha Sertai JS Pictures Milik Jinggo & Sheila Rusly – “Mentua Dari Syurga”

today27 December 2022

Background

Pengarah dan penerbit, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Jinggo berkongsi sebuah hantaran video memperkenalkan ahli baharu dalam syarikat produksinya bersama isteri Sheila Rusly, JS Pictures.

Berdasarkan video berdurasi 9 saat di Instagram itu, Jinggo mengucapkan tahniah kepada menantunya, pelakon Elisya Sandha yang kini menyertai syarikat tersebut.

“Alhamdulillah.. hampir selesai. Perancangan 27 tahun ini hampir terlerai. Pengakhiran 2022 telah sampai, cabaran 2023 sudah menggapai.

“Setelah beban bahu kanan Papa lepaskan pada Haq, hari ini dengan rasminya beban bahu kiri mama lepaskan pada awak. All the best, goodluck. Stay strong, welcome on board.. JS Pictures. Anak papa, Elisya Sandha,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kasih sayang yang terjalin antara Elisya bersama keluarga mentuanya.

JS Pictures merupakan syarikat produksi milik pasangan itu yang menerbitkan karya popular seperti Leftenan Zana, Dekatkan Jarak Kita, Ketuk Ketuk Ramadan dan banyak lagi.

Sebelum ini, Sheila yang juga merupakan pengacara itu pernah memberi nasihat kepada Elisya terutamanya dalam memikat hati suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheila Rusly Dedah Sering Kongsi 3 Tips Kebahagiaan Rumah Tangga Pada Elisya Sandha -“Jaga Hati, Jaga Perut & Jaga ‘A*u’”

Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Apa Perasaan Fasha Sandha Apabila Sheila Rusly Jadi Ibu Mentua Elisya – “Saya Adalah Orang Pertama Yang Cuba…”

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan 100 komen.

Sekadar info, Elisya menikahi anak Sheila dan Jinggo, Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Bunga Elhaq, enam bulan.

Written by: Aqilah


Previous post