Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Fahimi Rahmat Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hamka

today21 December 2025

Background
[VIDEO] Fahimi Rahmat Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hamka


Dengan sekali lafaz, penyanyi yang semakin meningkat naik, Fahimi Rahmat, selamat bergelar suami kepada adik penyanyi Mal Hamka, iaitu Bella Hamka.

Tahniah!

Majlis pernikahan yang berlangsung itu difahamkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak bagi menjaga privasi.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Faridism Production di TikTok, suasana hiba dan gembira menyelubungi ruang majlis saat Fahimi menyempurnakan akad.

Dalam video tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini tampil memukau dalam persalinan serba putih di pelaminan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jannah.

Sehingga kini, Fahimi tidak membuat sebarang pengumuman berhubung perkara itu malah tidak memuat naik apa-apa perkongsian tentang majlis pernikahan.

Momen bahagia Fahimi & Bella

Sumber: TikTok Faridism Production

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post