Sebagai manusia biasa, sudah tentu mereka juga memerlukan masa untuk menghilangkan stres bekerja dan menghiburkan diri sendiri.
Hal ini kerana hanya mereka saja yang tahu betapa penatnya badan selepas setiap hari menguruskan pesakit Covid-19. Jadi, tidak salah jika mereka ingin release tension dengan cara yang tersendiri bukan?
Baru-baru ini, viral satu video memaparkan seorang frontliner menari TikTok untuk menghiburkan dirinya sendiri di hospital. Namun, lain pula yang diperhatikan…