Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di Jonker Walk, Melaka untuk membeli makanan bersama rakannya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat berbual dengan pekerja kedai tersebut dengan menggunakan bahasa Mandarin dan bukan bahasa Melayu.
Kefasihannya itu turut menarik perhatian seorang uncle yang berada di sebelahnya dengan memberikan reaksi muka seakan terkejut dengan kebolehannya itu.