Menerusi video yang dimuat naik oleh @ccinderellena, kelihatan gadis itu memberikan satu soalan teka-teki kepada ibu dan ayahnya.
Soalan itu berbunyi “tayar apa yang boleh makan?” dan ayahnya menjawab “spare tyre”. Kemudian gadis itu mengatakan jawapan ayahnya salah dan memberikan jawapan yang betul iaitu “pattaya” sambil ketawa.
Apa yang melucukan adalah reaksi spontan ayahnya yang membuat muka seperti malas melayan dan sempat berkata “bodohnya anak kita” dan dibalas pula oleh ibunya “memang bodoh”. Mereka kemudian beredar dari situ kerana tidak mahu melayan lawak gadis itu.