Menerusi video yang dikongsi oleh @traveler9314, kelihatan dua ekor anjing bersama seekor kucing itu berada di luar pintu untuk masuk ke dalam.
Apa yang membuatkan ramai terhibur dan cair adalah apabila tindakan pintar anjing berjaya masuk ke dalam pintu itu lalu membuka pintu untuk si kucing yang tertinggal di belakang.
Lebih melucukan, anjing itu juga siap menarik kucing tersebut masuk ke dalam seolah-olah tidak sampai hati meninggalkannya di belakang.