Menerusi perkongsian video daripada Amir Malek, kelihatan pemuda tersebut baru saja scan MySejahtera di telefonnya di sebuah cawangan 7-Eleven.
Apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja dia ingin masuk ke dalam premis, dia dilihat menanggalkan kedua belah seliparnya.
Namun, nasib baik dia tersedar akan aksi spontannya dan pantas menyarung kembali selipar tersebut sambil menahan malu kerana gelagatnya sempat dirakam oleh kawan.
“Susah kalau otak lagi laju daripada perbuatan,” kata kawannya.