Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Bila Mak Mertua Masuk Dapur Curi Perhatian… Macam Baru Kahwin!

today8 March 2023

Background

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas videonya memasak tular di TikTok.

Video yang dikongsikan semula oleh kelab peminatnya itu memaparkan Siti sedang memasak ketika ibu mentuanya datang dan masuk ke dapur.

Gelagat Siti yang kelihatan cemas ternyata mencuit hati peminat apabila ramai yang seakan-akan boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

“Bila mak mentua masuk dapur waktu menantu memasak be like,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

@sitizones.official #biduanitasitinurhaliza #biduanita #vokalsiti #muziumsiti #bakatsiti #tokti #sitinurhaliza #sitizoner #datositinurhaliza #sitinurhalizagallery #ctdk #sitizone #no1 #fyp #aafiyah #menantu ♬ bunyi asal – SitiZone

 

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 48,000 tanda suka.

Malah, menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Nirmala ini berseloroh, telatah Siti menerusi perkongsian video tersebut seperti orang yang baru kahwin.

 

 

Written by: Salma