Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Generasi Ketujuh Mahsuri Kembali Ke Langkawi, Warganet Excited!

today5 August 2022

Background

Kehadiran generasi ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, 37 dan anak lelakinya, Mateen yang juga generasi kelapan di pulau Langkawi seolah-olah memberi kelegaan kepada orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Wan Aishah atau nama Thailand, Sirinta Yayee atau Nong May sedang bercuti di pulau itu selama dua hari bersama suami, Alee Tongyon, 39 dan putera sulungnya.

Lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand, Wan Aishah difahamkan telah menamatkan sumpah ketujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas setahun pulau itu mendapat status bebas cukai.

Susulan itu, sebuah video percutian keluarga bahagia itu tular  di aplikasi TikTok memaparkan mereka berada di Restoran Pantai Chenang milik oleh kenalannya bernama Mior Johari mengakui telah mengenali Wan Aishah sejak 2013.

“Keluarga mentua saya memang kenal lama dengan Aishah di Phuket dan mereka (Aishah dan suaminya) sudah banyak kali datang ke Langkawi.

“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” kata Mior, 32, yang dihubungi Harian Metro.

Menerjah ke ruangan komen di Facebook Harian Metro, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa lega apabila sumpahan”yang berlaku kepada Pulau Langkawi kini telah berakhir.

Namun begitu, ada segelintir daripada mereka berkata perkara yang berlaku itu bukanlah satu sumpahan, malah ia adalah doa-doa orang yang teraniaya.

Written by: Aqilah


Previous post