Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Habib Lempar Duit Dalam Masjid, Segelintir Netizen Pertikai & Ada Yang Mohon Sangka Baik

today11 October 2022

Background

Tular sebuah video memaparkan dipercayai Habib sedang bersedekah kepada pengunjung yang hadir pada sebuah majlis keagamaan baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di media sosial, Habib dilihat melemparkan wang kertas ke arah pengunjung yang hadir sehingga ramai yang berebut.

“AllahuAkbar. Memang terkejut tengok ending,” tulis seorang pengguna.

@saiq.alfaqih_2705 HABIBKU 🀍πŸ₯° #habib #habibrifkyalaydrus #habibbagirbinthohir #majelisrasulullahjawabarat #maulid #maulidnabi #sholawat #fypγ‚·γ‚šviral ♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

Namun tindakan Habib itu dilihat kurang senang oleh warganet apabila rata-ratanya mengatakan caranya bersedekah kurang beradab.

Malah ada juga yang tidak menjangka agamawan tersebut akan bertindak sebegitu ketika bersedekah.

Selain menerima kecaman, ada juga individu yang tampil mempertahankan tindakan Habib itu dengan mengatakan wang yang dilemparkan itu adalah hasil sumbangan orang serta memohon untuk bersangka baik.

Sehingga kini perkongsian berkenaan telahpun mencecah 4,300 ulang kicau dan lebih 6,000 tanda suka di laman Twitter.

Sumber: Twitter AinulNunanaa

Written by: Aqilah


Previous post