Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Hadir Majlis Perkahwinan, Nazreem Musa & Raline Shah Curi Tumpuan

today2 September 2022

Background

Penampilan abang kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa tidak dinafikan sering meraih perhatian orang ramai atas fesyennya yang sentiasa menampilkan busana menarik dan stylo.

Nama mereka menjadi sebutan lebih-lebih lagi selepas kemunculan duo hebat ini yang hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini turut mendapat pujian ramai yang terpesona melihat penampilan mereka.

Terbaru, sebuah video menampilkan Nazreem bersama selebriti negara jiran, Raline Shah iaitu pelakon Indonesia mencuri tumpuan pengikutnya yang meluahkan rasa teruja melihat mereka bersama.

“Wedding tingz with forever date @ralineinlala,” tulis Nazreem di kapsyen video berkenaan.

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan Nazreem dan Raline sedang berjalan serta memakai busana sedondon merah putih semasa menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 8,700 tanda suka dan 106 komen.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen berkata mereka tampak sangat sepadan bersama sehingga digambarkan seperti peribahasa bagai pinang dibelah dua.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang memuji imej Nazreem sangat bergaya dan ‘macho’ apabila memakai suit serba hitam serta dikatakan seperti membawa satu vibes dalam novel.

Β 

Artikel Berkaitan:Β “Stylonya Dua Beradik Ni…” – Penampilan Ummi Nazeera dan Abang Curi Tumpuan di KL Fashion Week

Written by: Aqilah


Previous post