Pempengaruh dan penyanyi, Cik B meraih perhatian ramai apabila kenyataannya di sebuah video TikTok mencetuskan tanda tanya.
Menerusi video berdurasi 16 saat itu memaparkan Cik B menari lagu viral beserta kapsyen yang seakan ditujukan kepada ibunya, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV).
“Just because you miss your ex, doesn’t mean you need them back. Missing is juat a part of moving on,” ujarnya.
Rata-rata netizen mendakwa Cik B seakan memerli DSV yang kini dilihat rapat semula bersama bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli.
Ada segelintir daripada netizen yang menyokong kenyataan Cik B itu yang dianggap sangat tepat dengan situasi mereka.
Gosip percintaan mereka semakin menjadi bualan netizen selepas mereka kerap memuat naik konten bersama di media sosial.
Malah, menerusi sebuah video terbaru yang dimuat naik di Instagram DSV memaparkan Iqbal mengajak dirinya untuk datang melawat rumahnya.
Menurut DSV, tujuan dia berkongsi video berkenaan adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Saya tak nak jadi fitnah lagi. Kali ni Iqbal ajak saya datang ke rumahnya.
“Saya tak mahu nanti orang cakap saya sengaja datang ke rumah Iqbal untuk content semata. Patut ke saya datang ziarah ke rumah Iqbal?,” tulisnya di kapsyen.
View this post on Instagram
Sumber: TikTok Cik B, Instagram DSV