Tular di media sosial apabila pelakon, Datin Atikah Suhaime teruja dihadiahkan sebuah kereta mewah terpakai (second hand) oleh suaminya, Datuk Lokman Teh, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan gelagat lucu Atikah Suhaime ‘melayan’ kereta jenama mewah itu dengan mencantikkan di bahagian luar dan dalam.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura itu turut meluahkan rasa syukur menerima hadiah tersebut meskipun ia merupakan kereta terpakai.
“My husband belikan kereta second hand, jadi saya bawa kereta ini pergi ‘facial’. Yelah, kalau kulit saya licin, muka kereta pun kena licin, kecilkan pori-pori.
“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak brand new,” tulisnya teruja.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Atikah turut mendedahkan dia tidak mempunyai lesen memandu.
“Masalahnya satu sahaja, saya tiada lesen kereta,” dedahnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Atikah itu.
Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan Atikah yang tidak malu untuk berkongsi biarpun ia kereta terpakai malah ramai juga menyifatkan Atikah sangat merendah diri.

Untuk info, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Lokman Teh pada Januari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada CEO
Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!