Menerusi video yang dikongsi oleh @_saifuladli, kelihatan seorang lelaki sedang memakaikan isterinya seutas rantai emas. Isterinya pula sudah senyum sampai ke telinga kerana teruja menerima rantai emas.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila sebenarnya lelaki tersebut mengenakan isterinya, yang dipakaikan itu bukanlah rantai emas tetapi tali beg tangan.
Wajah si isteri pula dilihat kecewa lantas dia terus memukul suaminya apabila dikenakan begitu.