Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Isu Dakwaan Selebriti Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

today18 November 2023

Background

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat menitikberatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat beliau.

Selain syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) yang menguruskan karier beliau, Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aset perniagaan lain iaitu SimplySiti (kosmetik), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).

Jelas pelantun lagu malar segar Bukan Cinta Biasa ini, sebagai majikan Siti Nurhaliza tidak memandang remeh mengenai kebajikan pekerja-pekerjanya.

β€œSebagai majikan kita kena hargai pekerja dan hak seorang pekerja itu penting kerana itu semua titik peluh mereka.

β€œSaya tak pandai dan tak nak memandai bercakap. Tapi saya percaya kita kena ikut peraturan dengan cara syarikat berfungsi, beroperasi.

β€œMungkin ada yang terlepas pandang atau mempercayakan pihak lain yang buat kerja.

β€œSebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu kita ada staf seperti bahagian HR misalnya. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Beausiti di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, heboh mengenai dakwaan mengatakan usahawan dan pelawak mengabaikan caruman KWSP untuk pekerjanya.

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] β€œBuat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

Artikel Berkaitan: Dituduh β€˜Back Up’ Shuib Isu Culas Bayar KWSP & Gaji Pekerja, Yana Samsudin Perjelas Salah Faham Netizen

Written by: Aqilah


Previous post