
PETALING JAYA:
Penularan video jenayah di media sosial mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat, walaupun kadar jenayah sebenar dilaporkan kekal relatif stabil sejak beberapa dekad lalu, kata penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.
Kamal berkata landskap jenayah negara tidak banyak berubah sejak era 80-an, namun peningkatan pemilikan telefon pintar menyebabkan lebih banyak kejadian dirakam dan ditularkan.
“Yang berubah bukan jenayah, tetapi cara ia dipaparkan. Hari ini hampir semua orang boleh merakam dan menyebarkan sesuatu dalam masa singkat,” katanya kepada FMT.
“Perkongsian rakaman tanpa konteks dan data sebenar boleh membentuk persepsi bahawa jenayah semakin tidak terkawal, sedangkan ia tidak mencerminkan realiti sebenar,”…