Menerusi video di TikTok, @officialmarkadam dia telah terpanggil memberikan penjelasan selepas kecoh mengenai harga jualan satenya.
Dia juga meluahkan rasa kecewanya dengan komen netizen sehingga telah mengguriskan hati pekerjanya yang seperti tidak semangat untuk bekerja lagi.
“Saya tidak kisah (dengan komen negatif) sebab dah terbiasa dengan perkara sebegini. Pekerja saya adalah budak budak baru, semalam dan pagi tadi mereka telah hilang semangat selepas membaca satu komen, harga sate bhalut saya sebagai harga Isr*he*l.
“Harga sate daging saya, satu set, 3 cucuk termasuk air, RM21.90. Apa kata kita kira sama sama, macamana modal saya,” katanya.
Tambah Mark, daging sate yang dijual adalah daging premium yang dilambil daripada kilang terkemuka yang juga menghantar daging sate ke restoran, hotel dan seorang chef terkenal.
“Jom kira modal. Sate yang saya jual ini, satu cucuk adalah 30 gram sebelum dibalut dengan popiah. Bukan macam sate biasa seperti dijual di luar sana. Modal untuk…