Menerusi video yang dimuat naik oleh @baskoro_wicaksono di TikTok, kelihatan majlis pernikahan sedang diadakan di sebuah bilik hospital sambil si isteri berbaring di atas katil.
Video itu telah mengundang sebak ramai kerana pasangan tersebut tetap memilih untuk bernikah walaupun dalam keadaan sedemikian.
Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan si isteri sudah pun pergi buat selama-lamanya.
Di ruangan kapsyen, pemilik video tersebut iaitu si suami sempat berkongsi isi hatinya dengan menulis “sampai jumpa di keabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi”.