Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Kanak-Kanak Ketakutan Diganggu Monyet Meluru Peluk Kaki Wartawan Sedang Beri Laporan Live di TV!

today27 October 2022

Background

Semalam kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang wartawan berdepan detik lucu ketika membuat liputan.

Rakaman yang berdurasi seminit itu memaparkan seorang wartawan sedang membuat liputan secara langsung ataupun Live di sekitar kawasan pantai.

Namun ketika sedang membuat liputan tiba-tiba kedengaran teriakan seorang kanak-kanak yang berlari ke arahnya lalu memeluk erat kaki wartawan tersebut kerana berada dalam ketakutan gara-gara dikejar monyet.

Sejurus itu, wartawan lelaki itu berjaya menenangkan kanak-kanak tersebut daripada dikejar haiwan tersebut.

Tambah wartawan tersebut, kanak-kanak lelaki itu dikejar haiwan itu sebab memegang sekotak air minuman.

Biarpun terdapat gangguan ketika bertugas, wartawan tersebut tetap bersikap profesional dalam mengawal keadaan spontan yang dihadapinya.

“Tengah live sekali adik sorang ni lari peluk kaki saya sebab kena kejar monyet.

“Sebab dia pegang air kotak milo, kesian dia,” tulisnya.

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah pun mencecah 1 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka di TikTok.

@fareezazmann #MalaysiaMemilih Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kesian adik sorang ni kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo… πŸ˜…kesian dia. #PRU15 #Telukcempedak ♬ Funny Song – Cavendish Music

Disebakan reaksi spontannya itu, ramai warganet memberikan pujian terhadap wartawan tersebut kerana kelihatan begitu tenang mengawal keadaan.

Hasil tinjauan Hot FM di ruangan komen mendapati rata-rat pengguna meluakan rasa lucu mereka apabila melihat kanak-kanak tersebut ketakutan malah ramai juga menganggap wartawan tersebut sebagai ‘hero’.

Written by: Aqilah