Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Kapsyen Bella Astilah Timbulkan Tanda Tanya – “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…”

today2 March 2023

Background

Pelakon jelita, Bella Astilah mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video di TikTok miliknya.

Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang berjalan sambil tersenyum manis.

Namun begitu, rata-rata netizen tertumpu kepada kapsyen yang ditulisnya seakan memberi bayangan Bella masih dalam keadaan terluka.

“Saya tak kisah kehilangan sesiapa selepas ini asalkan saya menyayangi diri sendiri semula, saya ok,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya bertanya sama ada Bella dalam keadaan baik ataupun tidak.

“Caption tu kenapa Bella? Don’t be sad ok,” ujar netizen.

“Bila hati seorang wanita telah tawar kerana lelah mempertahankan,” tulis seorang netizen lain.


Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut tertumpu kepada sosok tubuh badannya yang dilihat semakin kurus.

Sebelum ini, timbul sebuah kontroversi berhubung seorang pelakon wanita mengakui telah menyukai suaminya secara tidak sengaja selepas berganding bersama dalam sebuah drama.

Heboh mengenai pendedahan berani Bella menerusi hantaran di Instagram miliknya yang berkongsi perbulan bersama aktes tersebut iaitu Sophia Albarakbah yang memohon maaf atas tindakannya itu.

Aliff bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak lagi berlakon bersama Sophia untuk menghormati perasaan isterinya itu.

Artikel Berkaitan: Selepas Kontroversi Dikaitkan Bersama, Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah Kini Tidak Lagi Bercakap Di Set Penggambaran?

 

Written by: Aqilah