Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang anak sedang merakam gelagat ibunya di sebuah food court.
Difahamkan, si ibu mahu membeli makanan tetapi kedai itu terpaksa tutup kerana kehabisan minyak. Apa yang lebih mencuri perhatian adalah ibunya itu sanggup membawa minyak masak sendiri dan memberikan sedikit kepada pekerja kedai untuk dia memasaknya.
Situasi itu membuatkan anaknya terhibur melihat perangai si ibu kerana tidak menjangka perkara sebegitu.