Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Kena Ejek Padan Muka Ibu Meninggal” – Netizen Sebak Lihat Talita Anak Arwah Siti Sarah Mengadu Diusik Teman Sekolah

today3 June 2022

Background

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin semestinya meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya kepada anak-anaknya yang masih kecil.

Terbaharu, anak perempuan kepada pelawak Shuib dan Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9, meluahkan perasaan sedih apabila diejek oleh rakan sekelas kerana kematian ibunya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram milik ibu tiri Sarah, Siti Fatimah Suberi atau Makde, Talita menangis teresak-esak sambil mengadu mengenai kejadian duka itu kepada neneknya.

“Dia cakap padan muka ibu meninggal,” luah Talita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Apabila disoal mengapa Talita tidak menegur rakannya itu oleh neneknya, Talita berkata dia sudah menegur perbuatan rakan sekelasnya namun perkara tersebut masih terjadi.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang turut bersimpati dengan kisah sedih yang dilalui oleh Talita itu.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang mahu berjumpa dengan kanak-kanak tersebut kerana mahu membantu Talita menyelesaikan konflik berkenaan.

Tambah netizen, ramai juga yang memberi pandangan mereka yang berkata tindakan kanak-kanak itu tidak wajar berlaku kerana mereka masih mentah.

 

 

Untuk rekod, Sarah menghembuskan nafas terakhir apda pukul 5.13 pagi pada 9 Ogos tahun lalu dan meninggalkan empat anak hasil perkahwinan bersama Shuib.

Written by: Salma


Previous post