Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi apa yang dilihatnya ketika berada di jalan raya.
Dia menunjukkan sebuah kereta ditampal dengan kertas memberitahu “Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq” tulisnya.
Tanpa memikir panjang gadis itu kemudian terus menyuruh pemandu disebelahnya untuk hon kereta tersebut seperti yang diminta.
Dia kemudian melakukannya buat kali kedua dan mahu membuka tingkap untuk mengucap selamat hari jadi, tetapi kereta itu memasuki selekoh yang berlainan pula.
Difahamkan rupa-rupanya pemilik kenderaan tersebut tidak tahu yang keretanya ditampal kertas tersebut dan memberitahu itu semua kerja kawan ofisnya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah: