Menerusi video yang dimuat naik oleh @chesterpadang di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang makan sambil meniarap berlapikkan tilam di atas lantai.
Tetapi, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia meletakkan sedikit makanannya di lantai dan cepat-cepat mengangkatnya semula. Kononnya, kuman tidak akan sempat melekat pada makanannya itu.
Semudah itu sahaja, kuman di permukaan lantai itu dipercayai telah berjaya dikelirukan olehnya. Dengan syarat, pastikan tiga saat sahaja!