Menerusi video daripada @fazzy_369, kelihatan dia sedang merakam kelakuan seekor monyet liar ketika berada di tempat parking kereta. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Telaga Tujuh, Langkawi.
Dia pada awalnya telah pun sampai tempat berkenaan dan ingin memasuk ke dalam. Namun, niatnya itu terhenti apabila melihat seekor monyet dengan selamba merosakkan kereta orang awam yang parking disitu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah monyet itu dilihat mengganas sehingga telah mencabut cermin sisi sebuah kereta dan juga tingkap kereta lain. Walaupun takut, dia cuba untuk menghalang monyet tersebut tetapi tidak menjadi.
Lihat video sambungan itu di bawah: