Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Kongsi Tarikh Hari Jadi, Sharnaaz Ahmad Layangkan Ucapan Khas Buat Jebat Jayden – “Jangan Bagi Orang Tunjal Kepala”

today30 August 2022

Background

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan putera sulungnya, Jebat Jayden berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada hari ini, 30 Ogos.

Menerusi perkongsian Sharnaaz di Instagram, dia memberi ucapan hari jadi buat anaknya yang menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai cabaran.

“Happy birthday my dear son. I’m getting older the same day as you but I’m very sure my love for you is getting stronger.

“Boy (Jebat) nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek (awak).. who am i today is because of you.. Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day,” tulisnya.

Menurutnya lagi, dia mahu Jebat sentiasa kuat, bijak dan tidak membiarkan orang lain mempergunakan dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita. Always fight for what you think is right.

“Salah atau betul bukan manusia yang hakimi. You are the king of your self. Love you boy,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan artis serta pengikut turut memberikan ucapan selamat hari jadi buat Sharnaaz dan Jebat antaranya Scha Alyahya, Elly Mazlein, Shukri Yahaya dan ramai lagi.

Written by: Aqilah


Previous post