Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Lagu Legend Zaman Sekolah” – Ramai Throwback Zaman Remaja Bila Tengok Agnez Mo Perform Lagu ‘Tak Ada Logika’

today21 December 2022

Background

Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica menjadi bualan warganet apabila nyanyiannya di sebuah konsert tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman yang memaparkan Agnes atau lebih mesra dikenali sebagai Agnez Mo itu sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu popularnya berjudul Tak Ada Logika.

Tampil dengan imej bersahaja, penyanyi yang juga seorang pelakon tersebut ternyata mencuri perhatian penonton dengan nyanyian dan tarian yang memukau.

Ternyata persembahan tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan pendengar terhadap penyanyi yang mula aktif pada tahun 1992 itu.

Sehingga kini perkongsian tersebut telahpun mencecah lebih 2 juta tontonan, 125,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

@aqnezmo♬ suara asli – AGNEZ MO ☑️

Berdasarkan tinjauan XTRA di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat menyaksikan persembahan Agnez.

Malah ada juga yang merindui dengan karya-karya Agnez terutamanya lagu Tak Ada Logika kerana lagu tersebut merupakan antara lagu kegemaran ketika remaja.

Tidak kurang juga, ada yang masih mengagumi kelunakan suara Agnez biarpun usianya kini 36 tahun.

Written by: Salma