Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Lain Macam Dia Punya Sweet” – Reen Rahim Terperanjat Dapat Suami Manja

today19 January 2023

Background

Pelakon Reen Rahim yang bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada Disember lalu kini dilihat semakin bahagia bersama suami tercinta.

Terbaharu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kemesraan dia dan suami.

Reen juga mendedahkan dia tidak menyangka suaminya itu bersifat penyayang dan manja sejak mendirikan rumah tangga.

“Masa kawan dulu, dia ni keras, macam abang-abang sangat, garang nak mampus.

“Masa dia ajak kahwin tu bila aku say yes, otak aku dah set memang mampus lah kalau dia ni memang jodoh aku memang aku koyak lah kena buat semua kerja rumah, pastu jangan harap lah dia nak sweet-sweet sebab memang nampak macam typical malay yang acah-acah suami kene jadi king tu.

“Sekali dah halal lain macam dia punya sweet, rajin nak mampus, kadang aku rasa macam aku pula yang suami,” kongsi Reen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Reen Rahim atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim selamat bernikah dengan Hazim pada 24 Disember 2022 di sebuah premis acara di Putrajaya.

Written by: Aqilah


Previous post