Menerusi video yang dimuat naik oleh @c1ntakuu, kelihatan dia bersama datuknya sedang membuat trend TikTok ‘Marry Me’.
Trend ini di mana si penerima duit raya perlu menutup muka tanda malu dan si pemberi pula perlu membuat ekspresi tidak kisah.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila datuknya yang menjadi penerima duit raya itu langsung tidak kekok dan pandai membuat trend tersebut.