Menerusi video perkongsian terbabit, kelihatan seorang lelaki sedang meluahkan rasa marahnya terhadap beberapa orang penunggang basikal yang sedang melakukan aktiviti itu di atas jalan raya.
Dengan keadaan yang marah dia kemudian memberitahu di dalam video itu bahawa mereka tidak mementingkan keselamatan diri kerana melakukan aktiviti tersebut di atas jalan raya yang sedang sibuk.
Malah, apa yang lebih membuat lelaki itu marah adalah salah seorang penunggang basikal itu dilihat siap membawa anaknya dan diletakkan di tempat khas di belakang basikalnya.
Perkara itu telah membuatkan lelaki berkenaan seakan tidak percaya dan kesian kepada anaknya itu kerana terpaksa mengikuti ibu bapa mereka melakukan aktiviti itu.