Menerusi video yang dimuat naik di SEISMIK, jelas kelihatan pemuda berkenaan ‘berjogging’ tanpa seurat benang di sebuah jalan berdekatan Seksyen 8.
Difahamkan, pemuda itu turut telah ditahan oleh anggota polis peronda hasil laporan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan rasmi Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, seorang remaja lelaki yang tular ‘berjoging’ dalam keadaan bogel di simpang tiga Persiaran Kayangan Seksyen 8 mempunyai masalah gangguan mental.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan anggota rondaan cegah jenayah.
Difahamkan, setelah dipujuk dan ditenangkan remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.
Katanya lagi, anggota polis seterusnya telah memberikan pakaian dan didapati remaja itu hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan menulis nombor telefon orang yang boleh…