Menerusi video perkongsian di TikTok @danisy__, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang berada di sebuah pasar pagi.
Sementara dia sibuk berjalan, dia ternampak kedai terpakai di situ dan melihat barangan yang dijual. Dalam pada dia sibuk melihat beg terpakai yang dijual, dia kemudian terjumpa beg Brik yang menjadi kegilaan wanita kini.
Lelaki berkenaan terus mengambil beg tersebut dan bertanyakan harga beg tersebut. Difahamkan, beg tersebut hanya dijual RM20 kerana sudah terpakai, namun dia tidak kisah dan terus membelinya.
Perkara itu disifatkan sebagai barang yang ‘jackpot’ kerana sekarang ini agak sukar mendapatkan beg berkenaan ditambah pula dengan reseller ada yang menjualnya harga tidak masuk akal.