Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Looks Like Air Mani” – Isteri Caprice Diancam! Jumpa Benda Berbalut Dibuang Atas Kereta

today30 August 2023

Background

Penyanyi rap, Caprice memuat naik sebuah video mendakwa ada individu yang tidak berpuas hati dengan isterinya, Farra Inalis.

Malah, Caprice meminta individu tersebut untuk berdepan dengannya kerana telah mengganggu keselamatan keluarganya.

“Sapa-sapa tak puas hati dengan isteri kita, kalau ada telur mai cari Caprice. Ni dah level ganggu keselamatan keluarga kami… dan terima kasih kepada pihak @pdrmsia_official yang laju sampai rumah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi video perkongsian tersebut, Caprice menunjukkan di atas kereta isterinya itu mempunyai sebuah pelitup muka yang berisi tisu dan dipercayai terdapat air mani di dalamnya.

“Looks like air mani when we opened. Will wait for the polis to do their forensics,” tulis Cap.

Malah, ada individu yang menyatakan objek yang dibuang atas kereta isterinya itu adalah sihir namun Caprice menyatakan dia juga tidak pasti.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata meminta Caprice dan isteri untuk sentiasa lebih berhati-hati.

Written by: Aqilah


Previous post