Sebut sahaja nama pelakon Datuk Fizz Fairuz pasti ramai yang akan mengingati karenah bersahajanya tidak kira di dalam mahupun di luar set penggambaran.
Terbaharu, aktor berusia 43 tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila gelagatnya bersama pelakon Noorkhiriah ketika menjalani penggambaran sebuah drama mencuit hati ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizz memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia dan Noorkhiriah sedang menjayakan sebuah babak.
Video berdurasi lebih 1 minit itu menyaksikan babak dua pelakon tersebut sedang berbual sambil Fizz mencuci kereta. Secara tiba-tiba Fizz mendapat panggilan telefon dan tanpa menyedari dia tersembur air ke muka Noorkhiriah yang berada di hadapannya.
Menurut Fizz, aksi semburan air itu adalah tidak disengajakan.
“Ini asalnya…terlibas air tu, bukan sengaja pun,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata pengikut terhibur dengan aksi lakonan spontan dua pelakon versatil tersebut. Malah ada juga menganggap Fizz dan Noorkhiriah adalah pasangan gandingan yang mantap.
Selain itu, ramai juga yang tidak sabar untuk menantikan drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian kelakar tersebut telahpun meraih 72,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.