Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perangai rakannya yang susah untuk bangun dari tidur.
Difahamkan, dia sepatutnya perlu bangun awal kerana pergi bercuti bersama rakan-rakannya. Namun, selepas lelaki itu banyak kali menelefon, rakannya itu masih tidak mengangkat.
Dia kemudian terpaksa menelfon ayah rakannya itu untuk meminta dia mengejutkan anaknya itu kerana terlalu susah untuk bangun.
