Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Merajuk Nak Makan, Comelnya Anak Eyra Hazali – “Siapa Ajar Macam Itu…”

today18 January 2023

Background

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom yang memaparkan Hayder sedang meminta makanan daripada ibunya namun tidak dibenarkan.

“Mama, mama… Abang nak makan ini,” katanya.

Disebabkan dia tidak dibenarkan untuk menjamah makanan tersebut, Hayder merajuk sambil serta memalingkan wajahnya ke arah tepi.

Kecomelan Hayder yang merajuk tersebut telah mencuri perhatian warganet yang tidak keruan melihat gelagatnya itu.

@dhaniahsahrom Merajuk pun cute 😩🫵🏻❤️❤️ #fyp #hayder #eyrahazali #hayderqhalish ♬ original sound – dhaniah༉‧₊˚✧

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelannya serta bertanya siapa yang mengajarnya merajuk sebegitu.

“Hayder siapa ajar merajuk macam itu hahaha.

“Comel ye dia merajuk.

“Merajuk pun comel dia ni.

“Style lah majok pon.

“Hahahaha tak papa dia ajar, mak dia yang ajar merajuk gitu. Ya Allah kenapa lah ada budak comel begini,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 682,000 tontonan, 74,000 tanda suka dan lebih 261 komen.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Shahmie galas tugas Shahril

Kuala Lumpur: Shahmie Irfan Suhaimi diberi peluang untuk membuat penampilan sulung di Piala Dunia meskipun belum pernah diberikan pendedahan di peringkat antarabangsa.

today18 January 2023