Menerusi perkongsian video daripada @adektheblindcat, kelihatan kucing berwarna putih itu suka membuat posisi duduk yang lain daripada kucing lain.
Gelagatnya itu berjaya dirakam di mana ia menggantungkan kedua-dua tangannya di batang ampaian kain tuannya sambil termenung seorang diri.
Menurut tuannya, posisi spontan itu sering dilakukan oleh kucingnya setiap kali ia duduk bersendiriran.