Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Video Mesra Tular, Noki K-Clique Jalin Hubungan Dengan Ezzanie Jasny Heroin ILYS?

today20 November 2023

Background

Penyanyi rap dan pelakon, Noki K-Clique menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah video bersama seorang wanita yang merupakan pelakon baharu, Ezzanie Jasny.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh wanita tersebut memaparkan Noki bersama Ezzanie berada di sebuah pusat buku terkenal.

Ezzanie meruapakan salah teraju utama dalam drama rantaian ILYS yang sedang disiarkan di slot Akasia TV3.

Di video itu, Ezzanie membuat trend TikTok menggunakan β€˜sound’ latar belakang β€˜What’s up Riri’.

Menerusi video tersebut juga, Ezzanie dan Noki saling tersenyum dan berpandangan mata.

β€œWhat’s up rocky,” tulisnya di kapsyen.

@ezzanie.jasny

What’s up Rockyyyy

♬ original sound – Icon.artists

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Noki meluahkan rasa kecewa dan seakan patah hati sekiranya benar dia kini sudah mempunyai β€˜cinta hati’.

Noki K Clique

Noki K Clique

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Noki mahupun Ezzanie.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 300,000 tontonan, 23,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Written by: Aqilah


Previous post