Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Mula-Mula Suami, Sekarang Satu Family” – Keluarga Mentua Lana Nodin Dah Suka Masakan Melayu

today5 September 2023

Background

Pelakon Lana Nodin berkongsi momen dia menyediakan juadah makanan kepada keluarganya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi video dia memasak juadah masakan melayu.

Lebih menarik, juadah masakan melayu tersebut disediakan atas permintaan keluarga mentuanya yang menetap di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Video berdurasi 45 saat itu mempamerkan Lana sedang memasak beberapa jenis juadah lauk seperti daging masak merah dan sayur brokoli.

“Request dari mentua..masakan Melayu.

“Kalau balik kampung suami wajib masak Daging Masak Merah ke, Ayam Kunyit ke, Nasi Lemak ke..sebab mereka dah perkenan masakan Melayu fasal I dah racun mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita.

“Hehe dah jadi tekak Melayu, mula-mula suami sekarang satu family in law,” kongsinya teruja.

Terdahulu, Lana mengakui lebih selesa menetap di negara kelahiran suaminya, David McKienzie, 44 di Amerika Syarikat (AS).

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantik & Natural, Hebat Doktor Korea” – Lana Nodin Muat Naik Foto Terkini, Peminat Cakap Lagi Cantik Dari Sebelum Ini

Written by: Aqilah


Previous post