Menerusi video yang dimuat naik oleh @_adanial, kelihatan cikgu itu sedang berada di dalam kelas bersama anak-anak muridnya.
Jika dilihat, mereka mungkin berada di tahun satu atau dua kerana masih kecil. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila cikgu tersebut mengajak mereka menari TikTok bersama-sama.
“Masuk kelas terus tengok murung sebab puasa. Kita on kasi semangat sikit untuk anak-anak semua,” katanya.