Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Nabila Huda Tak Pandang Barang Jenama Mewah, Tapi…

today1 October 2022

Background

Pelakon versatil, Nabila Huda mengakui tidak meminati barang-barang mewah dan berjenama, sebaliknya lebih menggemar bahan masakan yang lebih berkualiti meskipun harga mencecah ratusan ringgit.

Nabila menerusi sebuah hantaran video di Instagram Story miliknya pagi tadi berkongsi jenama minyak zaitun kegemarannya yang sering digunakan untuk masak.

“Saya kalau masak apa sahaja saya akan menggunakan minyak zaitun. Jadi, ini adalah salah satu minyak zaitun kesukaan saya jenama Bertolli. Kena pakai yang extra light sebab lebih sesuai untuk high heat cooking macam goreng ikan.

“Kadang kala dalam masakan saya guna extra virgin minyak zaitun jenama Borges. Saya beli yang botol besar terus sebab tak perlu susah beli botol kecik.

 

“Saya kalau beg tangan atau apa-apa barang yang berjenama mewah ni saya tak berminat. Tapi, barang-barang makan, minyak saya, buah-buahan dan semua jenis benda yang saya telan semua itu mesti mahal,” jelasnya.

 

Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terkini selebriti ini, Nabila menerusi sebuah hantaran Instagram berkata dia teruja apabila diberi peluang untuk menjadi hantu di Nights of Fright 8 selepas lama ‘teringin’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Written by: Aqilah


Previous post