Penyanyi, MK K-Clique tampil memohon maaf kepada semua pihak ekoran video tular memaparkan dirinya bersama isteri tercinta, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keselamatan kereta.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin memuat naik sebuah video menerima segala kritikan dan mengakui kesilapannya.
“Video ini bukan nak menarik perhatian, cuma video untuk meminta maaf dan berterima kasih.
“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana telah menjadi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload 2 hari lalu.
“Video berkenaan saya mengusik isteri saya tengah memandu dan tidak memakai tali pinggang keselamatan dengan betul.
“Itu adalah tanggungjawab saya, kesalahan saya. Saya minta maaf kepada semua,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, MK juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas teguran yang diberikan serta berharap kesilapannya itu akan menjadi asbab kebaikan dan pengajaran kepada semua.
“Kedua adalah saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah memberi nasihat, teguran, Alhamdulillah terima kasih banyak.
“Saya harap video ini dapat memberi kesedaran juga kepada semua dari kesilapan saya kerana tidak mengutamakab keselamatan,” tuturnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, isterinya Siti Hajaar juga memberi respons dengan menulis emoji tangan memohon maaf.
Rata-rata netizen memuji MK seorang selebriti yang tidak cepat melenting apabila dikritik.
Sebelum ini, nama MK dan isteri hangat menjadi sebutan di platform media sosial gara-gara tidak memakai tali pinggang keselamatan kereta dalam sebuah video.