Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafizrieyusri, kelihatan seorang lelaki sedang membawa kereta dan ingin membayar tambang tol di sebuah plaza tol.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menegur di interkom plaza tol tersebut tiba-tiba ada yang menyahut.
Rupa-rupanya ibu lelaki itu berkerja di situ. Dia sempat bersembang dengan ibunya dan tidak terlepas untuk memberitahu bahawa dia akan tidur di rumah rakannya malam itu.