Menerusi video yang dimuat naik oleh @abdhakm, kelihatan dia ketika itu sedang membuang air besar di sebuah stesen minyak.
Namun, dia merasa kurang selesa kerana pintu tandasnya sering diketuk dari luar. Apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik saja dia membuka pintu tandas tersebut, kelihatan ramai warga Bangladesh sudah beratur panjang di luar.
Lebih melucukan lagi, mereka semua siap memandang tidak puas hati kepada lelaki itu kerana mungkin dia membuang terlalu lama di dalam tandas.