Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Netizen Komen: “Ustaz Adam Dah Berubah” Bila Syafiq Kyle Bersenam Tak Pakai Baju

today31 May 2023

Background

Pelakon Syafiq Kyle sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, video tular tersebut memaparkan aksi pelakon drama rantaian Nur itu sedang ‘work out’ di sebuah gimnasium.

Difahamkan, video berdurasi 33 saat itu dimuat naik oleh pelatih peribadi Syafiq yang sedang merakam aksi Syafiq membuat latihan mengangkat ‘barbell plate’.

Apa yang menjadi perhatian adalah Syafiq yang tampil tidak mengenakan baju itu membuat warganet tak keruan melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video pendek tersebut telah meraih lebih 286,000 tontonan, 15,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Malah ada juga yang terkejut apabila melihat tindakan Syafiq yang menunjukkan isyarat jari tengah di saat akhir video tersebut.

Written by: Aqilah


Previous post