Menerusi video yang dikongsikan perunding perkahwinan pasangan tersebut, @afifah_events menunjukkan keunikan yang ada dalam majlis berkenaan.
“Serius, sepanjang kami urus beratus majlis, yang ni paling win habis! Majlis tetap intimate, tapi vibes dia bukan biasa-biasa,” tulisnya.
Bercakap kepada SAYS, perunding majlis berkenaan kemudian menjelaskan bahawa pengantin lelaki sebenarnya adalah seorang animal trainer, bukannya doktor haiwan, namun haiwan-haiwan itu memang dibawa dari tempat kerjanya.
“Ianya sangat menyeronokkan untuk merancang majlis perkahwinan berdasarkan ideanya, dan tetamu benar-benar teruja dengan kehadiran haiwan-haiwan tersebut!” katanya.