Menerusi video tersebut, seorang rider lelaki berkongsi situasi selepas dia baru menghantar makanan kepada seorang pelanggannya.
Menurutnya, ini adalah pelanggan paling ‘degil’ yang dia pernah ada kerana pelanggan itu akan memesan dua bungkus makanan dan akan diberikan satu kepada rider yang menghantarnya.
Kata rider tersebut, ini adalah kali kedua rider berkenaan mendapat makanan daripada pelanggan yang sama. Difahamkan, pekerja tersebut hari-hari akan melakukan perkara yang sama jika dia memesan makanan.
“Masih ada orang baik, sebenarnya aku nak pergi beli makan tadi, tapi alhamdulillah dapat makanan. Syukur. Thank you very much bro,” katanya.