Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Pemandu Cina E-Hailing Gigih Hias Kereta Dengan Tema Hari Raya, Ceriakan Penumpang

today24 March 2025

Background


Menerusi video perkongsian di akaun Threads @zzrangerz, kelihatan individu tersebut ketika itu sedang berada di dalam sebuah e-hailing untuk pergi ke tempat kerja.

Namun, sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, dia terpegun dengan dekorasi yang dilakukan oleh pemandu tersebut.

Dapat dilihat, pemandu tersebut telah menghias dalaman keretanya dengan dekorasi bersempena hari raya meskipun dia berbangsa Cina.

Malah, pemandu berkenaan juga turut memainkan lagu hari raya supaya menaikkan lagi mood berhari raya.

“Pagi tadi otw pergi keja naik grab. Appreciate effort dia walaupun chinese. Deko raya dalam kereta buat kita happy plus pasang lagu raya ya,” tulis individi itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post