Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Peminat Pertahankan Shila Amzah Tindik Hidung, Balas Komen Jahat Warganet

today27 September 2022

Background

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencuri perhatian ramai ekoran penampilannya yang menindik hidung.

Menerusi sebuah video temuramah Shila ketika di program realiti hiburan semalam, netizen mempertikaikan imej bertindik pelantun Patah Seribu itu yang dianggap seperti β€˜lembu’.

Dalam video tersebut Shila sedang menjawab pertanyaan pihak wartawan mengenai kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad semasa di program realiti itu.

Artikel Berkaitan;Β β€œBiasanya Kalau Malu-Malu Ni Belum…” – Hadir Ke Konsert, Netizen Sakat Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah

β€œKenapa kena tindik hidung eh?” soal netizen berkenaan di ruang komen video tersebut.

Bagaimanapun, persoalan individu tersebut telah dibalas oleh peminat Shila yang berang terhadap komen yang dikatakan tidak wajar.

Rata-rata netizen berpihak pada Shila yang berkata pelantun Memori Tercipta itu mempunyai pilihan dan hak tersendiri untuk menindik hidung.

β€œKenapa kena tanya macam tu eh? Tak salah pun,” kata netizen.

β€œTindik hidung boleh asalkan tak melampaui batas,” ujar netizen lain.

Sementara itu, ada salah seorang netizen yang beranggapan bahawa Shila hanya menggunakan tindik hidung jenis pelekat.

β€œRasa macam tindik yang lekat tu je. Props kan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, komen-komen tersebut telahpun dipadam.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 410,000 tontonan, 16,300 tanda suka dan 177 komen.

Written by: Aqilah


Previous post